You do what you have to do…

     In a matter of two weeks, I will start my next rotation at Gosford, doing all the clinical examinations and procedural skills. Just thinking about it makes me nervous.

    You do what you have to do. If you are a student, your job description is first to learn; second, to learn; third, to learn. Lepas dah faham and dah belajar, kena hafal pula.

Time Frame untuk orang Lampi (read:lambat pick up)

    One time, when I was 12, I complained to my dad “Angah dah malas lah nak belajar. Susahlah nak ingat! Macam mana angah nak ingat semua ni!” My dad tried to motivate me(nak amik UPSR at that time) “Bukannya susah belajar. Kalau baca sekali tak ingat, baca lah dua kali. Tak ingat juga, baca tiga kali. And then kalau tak ingat juga, baca sepuluh kali. Sampai ingat!”

    That was his idea of motivation?

    That was not the answer I was looking for. Sebab aku memanglah kanak2 yang pemalas! Aku nak baca sekali and terus ingat, and terus faham. But alas, I was not born a genius. Aku seorang yang agak lampi!

    As fate would have it, I got straight As juga for UPSR. Aku rasa cikgu2 memang surprised habislah. Macam manalah budak lembab ni leh boleh berada di kalangan 16 org yg dapat straight As. Ujian bulanan aku esp untuk subjek sains tak pernah dapat A tau! Walaupun aku dah belajar pasal ‘pemboleh ubah dimalarkan’ waktu darjah 4 lagi, tapi aku tak paham2 apa mender lah benda tu sampai aku lagi sebulan nak exam.

    Sebenarnya, what happenend was I was lucky. Damn lucky. Aku tak brilliant, aku tak bright. Sukatan pelajaran science yang darjah 4, sampai nak dekat amik UPSR baru aku betul2 faham. What I mean is, aku lucky sebab UPSR kena amik dalam masa 3 tahun (sukatan darjah 4, darjah 5, darjah 6 accumulate in UPSR). So, walaupun aku lambat pick up, aku ada masa 3 tahun nak adapt and belajar (and baca sepuluh kali? hahahhah).

    Macam tu juga untuk PMR and SPM. Time aku form 4, aku tak pernah mimpi nak dapat A pun untuk add maths. Bagi aku, dapat B untuk SPM pun aku bersyukur. Physic tu lagilah! Kalau aku pass pun aku dah nak buat sujud syukur. But again I was lucky that SPM ni kena amik dalam masa 2 tahun. Cuba kalau time form 4 dah ada SPM, mesti aku pass subject teras jer! huhuhu.

    So my point is; kepandaian org ni tak sama. Samada org tu pandai ke tak, kita judge dengan betapa cepatnya dia pick up. Tapi tak bermakna kalau kita ni lambat pick up, kita takkan pass…cumanya, kita kena ada lagi banyak masa, and usaha lagi lebih (orang lain baca sekali, kita kena baca sepuluh kali. It’s annoying, but you do what you have to do. Complaining doesn’t solve anything). Tapi mcm mana lembap pun kita, end result akan sama juga: orang lain dapat 10A, kita pun boleh dapat, providing kita usaha berkali ganda lagi lebih.

    And the good idea is, you can always improve your IQ and your rate or learning. Time skolah rendah, ko amik masa 3 tahun nak faham benda2 and then baru layak amik UPSR. Dah habis sekolah menengah, ko pick up physic, kimia, bio (all the new subjects yang abruptly susah gila drpd PMR, I remember all the tears)dalam masa 2 tahun jer. That was already an improvement.

    Sebenarnya, kalau aku stay kat matrix, entah2 aku tak dapat amik medic pun. Again, nasib baik IB ni dlm masa 2 tahun….kalau tak, mesti Pure Maths aku ni fail punya, and tak leh grad IB. Aku rasa budak2 medic yg amik matrics kt mesia lagi bright and lagi brilliant, kena dapat 4 flat for both semesters untuk layak apply medic. Diorang boleh cram all that they have learned dalam masa 6 bulan sahaja!

Time-frame budak medic:

    Bila dah masuk uni, tiba2 aku lagi kena increase my rate of learning. Aku kena make sure that “macam mana aku lambat pick up sekali pun aku kena make sure aku faham juga by the end of the semester. I have no choice.” So first year medic was the toughest for me. It was all about adapting.

    Sebab aku seorang yang lampi. When you are lampi, it also means you lambat adapt. That’s what I notice about myself. I hate changes….tu pasal aku nak cling to all that are familiar, and that causes me to be reluctant to adapt.

   Alhamdulillah, I have learned to pick up within the required time frame.

    Bila masuk 3rd year, tiba2 aku kena adapt lagi. Sebab every 6-8 weeks, you will change rotation. Mcm rotation lepas, aku buat HES. Lepas cuti ni plak, aku buat regional rotation. 4th year nanti lagilah…6 weeks buat surgery, and six weeks later buat paeds, next six weeks buat benda lain plak. I feel scared….aku takut aku tak boleh adapt and tak boleh increase my rate of learning from one semester, to only six weeks. To make matters worse, doktor2 mesti akan shoot soalan…kalau tak reti jawab mesti malu gila!

   And the thing is, selalunya org2 yg amik medic ni adalah org yg memang dari dulu cepat pick up. Bright! Brilliant!Bukan org mcm aku. Adalah kot dalam 10% golongan yang mcm aku in one batch, tapi most of them memang gifted with great adaptability, and great pick-up rate. Tu pasal diorang boleh pergi party, have fun during weekends, active dalam persatuan tapi masih boleh keep up dengan pelajaran.

   Jeles betul aku dengan budak2 macam ni. But again, you do what you have to do. Kalau kita dah memang lambat, kita kenalah berkorban kan! Aku lah Tuk Kura dalam perlumbaan kedua. Hahahhaa. Practice kena lebih, kena guna semua masa yang ada, tambah2 lagi learning medic in your second language tapi nak compete dengan budak2 yang dahlah memang pandai, bahkan native speakers of English plak tu.

   So, aku dah improvise ayah aku punya kata2. “Baca sekali tak ingat, baca lah sepuluh kali. Tapi bacalah spuluh kali tu within the time frame.”

Some tips:

Below are some of the tips yang aku dapat daripada internet and plus my own experience. It’s about macam mana nak adapt and macam mana nak increase your rate of memorization. Insya-Allah, kita boleh increase IQ anytime, and kita boleh learn techniques of memorization. If you are not naturally brilliant, that means you have to learn how to be brilliant and hope that your effort pays off, God willing:

1) Take note!

-It means take an interest. Semua org boleh pergi lecture and dengar…tapi kita kena betul2 dengar. Take note. Buat active learning, bukan passive listening. Kalau ada benda yang sekali dengar rasa cam odd jer, use your critical thinking and cuba speculate, kenapa benda ni mcam ni?

    Sebabnya adalah, bila kita bother to think, and curious enough to question and then cuba cari jawapan, we will remember better that way. Dia ala2 mcm ni, “Aku ingat lagi facts ni. Sebab aku ingat aku pernah confuse pasal ni. And aku ingat aku punyalah spend byk masa nak cari pasal ni. So, sampai skrang aku ingat lagi mcm mana benda ni sebenarnya,”

-Katakanlah, kita cuma dengar, and then hafal membuta tuli (like what I did time sek. rendah) memang lah kita akan cepat lupa and lambat pick up. Sebab  kita tak pernah bother pun nak betul2 fikir about it.So the fact itself doesn’t mean that much to us.

2) Dekat di hati

-The truth is, kita akan lebih senang ingat benda yang dekat di hati kita. For example, aku lagi cepat ingat facts pasal metabolism time first year sebab waktu tu aku sangat obsess nak lose weight. So, semua benda (or almost all) pasal metabolism aku ingat. 

-Masalahnya, bukan semua benda pun dekat di hati kita kan.

-But the idea is, kita boleh fake it. We can nurture that interest. Kita boleh pretend benda ni dekat di hati kita. Contohnya, aku tak berminat langsung nak amik tahu drugs punya contraindication. Aku cuma nak tahu mechanism of action jer. Tapi…I fake an interest. I was like, “Afiza, mestilah ko kena tahu contraindication of all drugs. Macam mana kalau patient ko mati sebab ko silap bagi ubat and ko tak tahu alternatif lain untuk ubat yang ada that side effects? Tu pasalah ko kena belajar. Patient boleh mati tau kalau ko tak take note benda ni!”

-So, sebenarnya bila kita belajar, we have to know, kenapa benda ni penting kita nak tahu. Kita cuba fikir what would happen kalau kita tak tahu(and kita exaggerate the worst of what would happen kalau kita tak tahu. eg: patient mati). So benda ni, automatically akan jadi penting untuk kita, and therefore dekat dengan hati kita. So, lagi senang nak hafal.

3) Associate the facts with your daily life

-Kita lagi senang and suka nak belajar benda yang berkaitan dengan diri kita. Kalau kita pernah ada adik beradik yang sakit diabetes, mesti kita lagi senang nak faham diabetes, lagi senang nak hafal signs and symptoms, lagi familiar dengan metformin, sulphonylureas etc etc.

-So, manipulate that fact.

-Setiap kali nak berak, cuba kita recall balik mechanism of GIT movement. Setiap kali nak menaip, cuba fikir, which part of the brain am I using for fine movements. Setiap kali excercise, cuba ingat  muscle manakah yang tengah digunakan untuk naik tangga or panjat bukit. Setiap kali pening kepala cuba fikir the differential diagnosis of vertigo.

-Kita sebenarnya lucky because we are learning about our own body. Ada byk opportunity nak associate the facts with our daily life. Aku rasa learning by association ni agak senang nak buat for a medical student.

4)Mnemonics and systematic thinking, chunking:

-I was never a creative person. Aku tak reti nak reka2 mnemonics ni. But yes, it works. Tambah2 lagi time blajar cranial nerves…memang amat membantu.

-I am more into systematic thinking, though. Contohnya, kalau ada a list of symptoms for Cushing’s Syndrome: dier kasi Symptoms nya - rapid weight gain, sweating, telangiectasia, hirsutism, striae, moon face, hirsutism, fat pads of collar bone and neck, insomnia, reduced libido, impotence, amenorrhea.

-Okay, tengok list tu memang tak systematic. Tak tersusun and random. So, I will choose nak chunk and categorize the symptoms. So ada symptoms yang categorize base on weight gain: moon face, striae, fat pads, rapid weight gain. And then tengok symptoms categorize on reproductive ability: reduced libido, impotence, amenorrhea.

Macam tu lah lebih kurang….bila ada jer random list yang kita tak nampak pattern tersusun, kita cuba susun elok2, file elok2 dalam brain. Lagi senang nak ingat, lagi senang nak retrieve info. Kadang2, aku susun symptoms base on dari atas sampai bawah….contoh; aku akan sebut symptoms yang ada kat kepala/brain dulu, and then work my way down to the eyes, the mouth, the heart, the GI symptoms, kidney etc…

-Tapi masalahnya, walaupun ingat symtoms dari atas sampai bawah, tu cuma for written exam purpose, supaya kita ingat. Tapi katakanlah doktor tanya, “Apa symptoms Myocardial infaction?” Janganlah terus jawab “Headache!” semata2 sebab tu lah order yang kita ingat dari atas ke bawah. Mestilah kena jawab chest pain dulu sebab chest pain lah yg paling significant.

-Benda ni berguna sebagai review. Katakanlah semua tutemate ko dah jawab significant Sx ; chestpain, shortness of breath etc. And bila mai giliran kau untuk jawab, ko dah tak der idea…so this is where it is useful untuk review balik all the Symptoms dari atas sampai bawah supaya kita ter-trigger untuk cari other rare symptoms.

5) Learn memorization techniques:

We can learn to learn. Belajar cara untuk belajar. So below is the website yang aku rasa sgt berguna untuk dibaca for all students yang lampi. Ni theory yang aku rasa make sense, and it works. I have actually learned them time aku blajar psychology in the first semester first year. Dier ajar macam mana nak memorize. Apa step2 yang brain kita guna untuk memorize: encoding, storage retrieval.

So bila memory kita ada masalah, maybe masalah nya datang waktu kita tengah encode (ada gangguan and bunyi bising sewaktu cuba hafal), or waktu kita tengah storage (contoh unsystematic filing dlm brain), or time kita cuba retrieve (contoh tak boleh nak ingat tajuk lagu/nama artis tapi kita yakin kita pernah tahu tajuk lagu/nama artis ni and it bothers us for the rest of the day)

So, this is the website address (aku tak reti nak buat link, hahhaha. But we already know yg aku ni lampi, so that’s not news):

http://www.web-us.com/memory/human_memory.htm

   Hopefully, this tips work. Benda ni datang drpd orang yang lampi, so I hope it would help all those lampis out there. We should form a club and support each other. Huhuhu.

   Akhir kata: Usaha! Usaha! Usaha! Tie your camel first, then trust in Allah. Kalau lepas usaha tapi tak dapat tu, memang takdirlah. So terimalah seadanya,insya Allah ada hikmah.



3 Responses to “You do what you have to do…”

  1. very inspiring. well done!

  2. dah lama aku tak baca blog ko…sbb posting2 sblm ni tulis english je. yg ni aku leh baca sampai abes. hehe.

  3. Thanks for the nice comment, Ihsan. I enjoyed writing it. Just trying to boost my own motivation for the next rotation. Wish me luck.

    AKu ingat pak arab mana lah yg dtg baca blog aku dgn tulisan jawinya. Hazmin rupanya. Huhu.

Leave a Reply